Masih Mencari Identiti



        Untuk entry kali ni barangkali agak hambar sedikit. Maaf sebelumnya. Nak wish hari raya agak-agak sempat lagi tak ye. Entry ni ditaip pada 24 syawal. Still syawal lagi kan? So still raya lagi kan? So still tak lambat lagi lah nak wish raya kan kan. Sebelumnya lagi maafkan ayat first tu '...barangkali agak hambar sedikit' sebab ayat tu auta je pasal dari first post lagi mmg dah hambar pun ok semua harap maklum.

         Bicara tentang identiti. Kalau dilihat pada post post sebelum ni, aku lebih menggunakan perkataan atau panggilan 'aku'  sebagai kata ganti diri. Kenapa? Mungkin lebih selesa atau lebih mudah or lebih tak nerd kalau nak dibandingkan dgn 'saya'. Ada kecelaruan sebenarnya untuk seseorang yg takde nama komersial mcm aku ni( maaf terpaksa guna aku sekali lagi) untuk nak bahasakan diri sendiri bila diorang ni nak try publish entry hidup dekat public. Sorry 'publish entry hidup'  does'nt mean jual or tayang cerita pasal hidup kau yg tak seberapa pada org yg tak nak tau pun atau dlm bahasa lebih mudah 'mencari publisiti'  hello people mereka ni just like to share je story yg tak seberapa yg dia rasa mcm they need to document that sbb benda tu only happen once in a lifetime dan diorang taknak lupa. Simple. 

Ni selingan je.
            Mentaliti yg kata 'jadah kau update entry panjang-panjang bukan ada org nak baca pun followers pun berapa ketul je' yg sebegini harus dipupuskan ya. Kita kena berpegang pada prinsip ini ye anak-anak 'AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA' yg mcm dalam lagu Ramli Sarip tu. Yes menulis bukan kerna nama. So dah stop bebel panjang panjang bukan korang nak telaah satu-satu pun.

          Tapi beruntunglah orang-orang yang punyai nama ni (maksud aku ternama or famous amous gitu) get my words hokkayyy.  Yes semua manusia, insan, hamba sahaya yg dilahirkan atas muka bumi ni sure lah ada nama yg nice parents bagi kan. Alhamdulillah for that.  But baby, clearly yg nama tu bukan identiti. Contoh, nama Akmal (eh kenapa akmal ni hehehe) can be a thousands people out there nama akmal. Even nama rare mcm Zainab Rogayah Armada pun can be a hundreds people out there yg nama sama. Kita mesti create something yg bila org sebut je then they be like 'weh, itu bukan dia ni ke' 'alaaa dia tu' 'aku kenal nama tu' hahahaha inspired tak.

Ni pun selingan je.
            Aku (sorry again) ter'inspired' bila baca blog Keknis. Pasal in her writing she is just too polite dlm bahasakan diri dia. She does'nt use word 'aku' or even 'saya' ( ni sebab in case aku kata kedengaran macam terlalu nerd pulak) but she use 'Keknis' wow so cute kan nama tu.  Banyak lagi blogger yg guna nama glamour untuk bahasakan diri dia dlm blog contoh mcm Irine Nadia Marcello. She used 'Irine' instead of 'aku' so nampak lebih ranggi (dont know the word to describe benda tu ape sebenarnya) gitu. Dulu aku (sorry again) rajin belek blog blog ni and ramai gak blogger yg guna nama glamor haha tapi tak ingat dah some of them. 

         So korang, after this onward, mengambil ilham dari blog blog popular yg aku (sorry sorry sory) dah baca, aku terinspire untuk create nama glamor jugak yg famous amous gitu so lepas ni  aku (sorry untuk kali keberapa entah) tak de lah kedengaran kurang sopan lagi bila guna 'aku.'  Bersempena sebuah nama indah yg dianugerahkan iaitu Hidayah, so allowed me to called myself as 'Kak D' . Glamour tak weh glamour tak. Haha. Panjang sgt pulak entry ni. Need to stop here. Bye. 




Latihan Intensif Bakal Komander


Yeay LIBK dah habis.12 hari dalam 'neraka' telah berjaya aku hadapi dgn sempurna dan penuh bergaya.hah nampak. Siapa yg tak tau LIBK tu benda ape bolehlah try tanya pakcik google. itupun kalau dia nak bagitaulah. haa pastu jgn jadi skema sgt nak marah aku sbb tak bagitau libk tu ape.Tu dekat tajuk atas tu dah aku bagitau dgn penuh jelas nyata dan terang. stand for Latihan Intensif Bakal Komander.


Latihan Intensif tau bukan summer camp.siapa yg ingat summer camp ke atau kem lawatan sambil belajar ke aku gigit cuping telinga dia sampai putus pastu bagi makan dekat kucing aku. Nak tau tak libk tu macamana rasa dia. Dia macam ala-ala kem tentera sikit ah cemtu. Tapi takdelah tidur dlm hutan pasang khemah ke ape. Main tembak tembak pakai m16 ke semua tu. Alhamdulillah kitorang still lagi tidur atas tilam yg empuk dan wangi. Tolong tekan sikit word wangi tu.

So nak cerita dekat sini pagi petang siang malam kerja kitorang kawad. Pergi makan kawad. Pergi solat kawad. Nak pergi ceramah pun kawad. Dekat padang kawad pun kena kawad. nasib baik pergi berak tak payah kawad. Kalau nak cerita pasal 12 hari ni memang tak habis. Mau sampai 40 pages kalau nak cerita. Hasil daripada latihan ni nak cerita semua muka jadi dayang senandung.Yg mana muka dia sebelum dtg tu warna putih susu bertukar jadi kaler coklat gelap.Kesian masing-masing.Yg muka dah sedia coklat gelap tu lagilah.Terus takde rupa muka dah.Sama kaler dgn bontot kuali.Tak caya nah tengok.Aku hadiahkan satu gambar.


 Ha nampak.Yg mana yg nampak putih tu sebenarnya effect lighting je tu.Semua hitam.So masa ni memang takde perbezaan warna kulit ek.Nak cerita pasal muka,masa tu kitorang semua kalau boleh nak buang segala cermin yg ada sebab geli and seram tengok muka sendiri.Siap ada yg sampai nak toreh toreh muka pakai pisau.Kalau boleh nak sagat je muka dekat tar haha tapi macam lah yg kerak kerak hitam tu boleh terkopek kalau buat macam tu kan.Bodohnya akal masing masing waktu tu.Lepas bukak beret je sure punya ada satu line dekat dahi.Pastu dahi akan ada 2 warna.Yg atas tu putih.Yg bawah tu hitam.Dia ala-ala tahi cicak lah camtu.Macam kek coklat cheese pun ade jugak.Kalau korang biasa makan kek coklat cheese kan selalunya dia ade 2 layer kan.Ha kira yg layer putih tu cheese dia yg layer hitam tu lapisan coklat indulgence.Lepas ni masing masing tak lalu nak makan kek dah.Padan muka korang.

Bila dah habis ni barulah terasa rindu balik.Sori ek ek bukan rindu libk tu.Rindu platun.Rindu semua intake 48.Gila nak rindu libk.Huh simpang.Tak bernafas aku bila ingat balik muka muka bengis diorang.Seram sampai aku nak tulis pun terketar ketar.Siap ada yg perli aku tak bagi salam.Sampai je terus duduk ambik pen tulis.Itu sebab cuak sangatlah tu.Aku ni jenis bangsa yg tahu adab lagi.Tapi bila sampai tahap takut yg paling maksima ha ambik.Salam pun lupa nak bagi.

Time makan paling aku tak boleh lupa.Dapat je makanan dah ambik air semua terus duduk sambil tgn letak dekat mulut.Macam budak tadika nak pergi makan pastu cikgu dia suruh letak tgn atas bibir supaya jgn bising.Kelakar pun ada.Throwback terus zaman aku tadika dulu.Macamtu lah setiap kali nak makan.Siapa bising tak boleh makan.Aha.Pastu semua pun senyap.Kemam bibir.Ya ampun sumpah macam budak budak sangat.Rasanya abang catering tu pun gelakkan kitorang tapi dalam hati je sebab kalau diorang gelak kuat kuat nanti takut ada pulak spike boot yg melayang.


 Yang ini gambar kitorang hari last lepas passing out tu.Time ni takde la dah tgn dekat mulut ape bagai.Makan je sukahati nak makan cara apa.Sepanjang 12 hari ni jugak satu benda yg aku takkan boleh lupa adalah aura bau keringat masing masing.Hamboi bau keringat.Kemain kan.Masa ni semua dah tak kira dah busuk ke wangi ke sebab masing masing nak rush.Yg sempat mandi alhamdulillah.Yg tak sempat mandi tu hadap jelah bau busuk tujuh petala bumi.Alah tapi busuk pun sama sama.Mandi pun nanti 15 minit lepas tu busuk balik.Sebab kitorang memang akan sentiasa berpeluh.

Tapi alhamdulillah,hasil daripada ketabahan dan kecekalan budak 48 akhirnya apa yg kitorang nak dah pun tercapai.Komander Rendah Muda.Semua lulus.Alhamdulillah 92 orang yg join takde yg gagal.Semua dah bergelar komander dah sekarang.Wah lain macam bunyik dia bila diseru seru komander ni.Bertahan selama 12 hari yg sangat hell ni bukan satu benda mudah.Nak bertahan dgn panas terik yg membakar muka sampai ke rahang.Nak menghadapi denda yg menyeksakan jiwa raga.Nak menjalani senaman yg mendera perut dan abdomen.Paling penting nak bertahan berdiri tegak macam patung sculpture tengah panas selama hampir 2 jam tanpa sebarang pergerakan badan.Lenguh dia.Sakit dia.Panas dia.Kitorang je yg rasa.Allah je yg tahu.Tapi takpe kitorang gigihkan jugak.Support masing masing supaya kitorang tak nampak lembik.11 hari asyik kena label lembik je.So hari ke12 tu kitorang buktikan kitorang kuat.Tough.Alhamdulillah.Sorang pun takde yg tumbang.Fuhh.Kitorang takkan dapat bertahan kalau kitorang tak kuat.Yg penting apa yg kitorang belajar dari libk ni adalah semangat kerjasama.Saling support each other.Jangan pentingkan diri.Kalau nak cerita banyak lagi sebenarnya.Macam aku cakaplah.40 pages pun belum tentu habis.Boleh buat novel lepas tu jual dekat mph bookstore.Sure bestseller.Last but not least, nah aku bagi sikit ah korang tengok beberapa keping gambar perbezaan sebelum dan selepas libk ni.Bukan nak berlagak putih ke ape.Putih tu taklah.Ala ala coklat cair jugak ah.Tapi atleast korang tak terkejut mana tau kot jumpa aku dekat luar lepas ni taklah ragu ragu atau was was ke aku ni manusia ke alien ke kan.Or mungkin ada yg fikir aku  ni mangsa kebakaran.Pun boleh.Haha.Lantak korang nak fikir apa. Aku dalam proses nak memulihkan kulit muka sekarang ni.


sebelum libk.masa raya dekat kedah.tau tak comel.dah diam je.

lepas libk.muka kek coklat cheese.

Yg gambar bawah ni kalau aku bukak beret tu akan nampak line dekat dahi.dah mcm jalan raya pun ada aku tengok dahi aku waktu ni.tudung tu pun kalau selak sikit nampak ah layer cheese dia.Aku tak pakai sunblock sebab ade senior kata kalau pakai sunblock boleh kena skin cancer.tak sanggup aku.baik biar je muka hitam dari kena cancer.nauzubillahiminzalik.oh baju masa ni selekeh sebab tak alter pun.nak alter tapi tak sempat.takda masa.ekceli aku sempat kecikkan sikit je dekat bahagian belakang.tapi selekeh jugak aku tengok.Cubaan tak berjaya.Apepun kejayaan ni datang dengan amanah dan tanggungjawab.Doa aku untuk semua 48.Semoga terus cekal dan tabah.Selamat menjalankan tugas.