Demam Drama Melayu

Now musim drama melayu bermaharajalela dekat tv kan. Habis yg tu cerita ni habis yg ni cerita tu. Dia macam main lalalitamplom pulak kan.Yang sengsaranya kita habis demam habis itu ini. Ha fenomena apakah yang sedang melanda sebenarnya ni ehemm :))

Tak ramai yang sedar benda ni. Sebab ramai dikalangan kita ni yang bukan penggemar tegar drama melayu. Yg tegar tu tegarlah tahniah from me sebab korang setia hujung nyawa dengan cerita melayu. Respect.  Tapi perasan tak lately ni yg aku nampak ramai yang bukan pencinta melayu eh bukan pencinta filem melayu maksud aku haha yang tiba-tiba je terketagih drama melayu ni. Kalau boleh nak tengok nonstop takde iklan langsung . 

Abang aku dulu pun cemtu . Dia allergic cerita melayu yang ala-ala drama sinetron indonesia petang-petang tu. Bila tengok je mesti gatal satu badan kononnya macam geli sangatlah kan. Haha. Lelaki mmg cemtu kot aku rase. Mudah allergic. Then guess what ? Abang aku ni dah kerja tau. Satu hari ni bila abang-abang aku ni balik tetiba aku tengok petang tu pukul 7 dia dah mencangak depan tv. Tak tengok ape dah. Aku punyalah bajet kot lah ade football match ke hape kan. Sekali eh , aku tengok dekat tv3 yg iklan 'selepas ini...' tu kan 'Setia Hujung Nyawa' dia tunjuk . Pastu adik aku tanya abang kedua aku dengan penuh hairan " weh, abang ni memang layan cerita ni lama dah ke?" . Jawapan abang kedua aku tu ape tau . haha next paragraph. Panjang sgt tak larat nak bace nanti 


k then abang second aku pun ceritalah kehidupan diorang tu. Sebab diorang ni tinggal satu rumah so secret masing-masing ade di tangan masing-masing .So die pun ceritalah. 

"die ni kalau ko nak tau nana sejak ade menatang hujung nyawa ni pukul 6 dia dah besit balik rumah.   takde nak lepak-lepak dah. Habis kerja terus cabut tak sempat date hape semua"

"ohh. amboii hidup betul kau dir dengan hujung nyawa ni"

"alahh dia ni minat senrose tu aje. bukan nak tengok sgt pun. ce kalau heroin die shila mambo ade ke die nak nengok?"

*then tiba-tiba sebijik bantal terkena muka abang kedua aku ni.  senyap 5 saat...

"haa tengok die malu" sambil tunjuk abang sulung aku.

okay memang besar betul impak nelydia ni rupanya kan. Mungkin itulah cara diorang nak bagi rating tinggi. Guna freshie and jadikan heroin. Muka mesti nak cantik. Tambah pulak si nelydia ni bambam orangnye sesuai sangatlah dgn taste abang aku ni. Die memang spesis yg sukekan benda yg bulat. Bulat tapi comel. Bukan bulat yg mcm bola tu ok

Ok habis pasal Setia Hujung Nyawa. Nak cerita pulak wabak SSID. Okayy sape yg tanye SSID tu ape bende memang aku karate die nonstop. Serious talk. Sebenarnya Saya Isteri Dia. Ok taknak ulang dah. Ha ini pun penyakit jugak. Tapi aku dengan adik perempuan aku je yang kena sindrom ni. Tiap jumaat kalau boleh tu mesti masing-masing sorok remote. Sebab takut abang ambik then tukar channel Versus. Time tu ade versus jugak so berebutlah kami adik beradik . 


Abang aku ni pulak memang pengacau sejati tak boleh nak aman sikit asal iklan tukar. Menangislah kitorang . Gila ah time tu fikir izzue izzue je. Taknak terlepas scene dia walau sesaat. Memang kritikal kitorang waktu tu. Nangis tertonggeng-tonggeng kalau terlepas yang abang pulak gelak macam nampak badut .Kalau nak lempang tak sampai hati pulak yelah dia kan abang . Jatuhlah martabat dia nanti.

Kalau perempuan tengok SSID aku berani jamin, dia bukan nak tengok apepun tapi dia nak tengok izzue je .Ce bagi usop wilcha hero, tengok tak ? Padahal jln cerita and heroin semua sama.So fairlah kan. Macam lelaki diorang tengok Cinta Jannah sebab nelydia senrose. Nelydia lagi. Perempuan tengok Cinta Jannah pulak sebab Aeril Zafril. Ape lagi.


Teduhan kasih. Ni pun same. Adiputra die punye hero. Even aku menyampah dgn watak nabila huda tu pun tapi still rase attracted nak tengok sebab ade adi. Eh tapi sherry pun ok sebenarnye. Dia manis dan aku suka dia. So nampak tak sekarang ni? We're all same. Kita buat dan lihat apa yang kita suka. Very nooblah kan siapa yg anggap orang yg layan cerita melayu ni tak up to date. In fact, masing-masing ade minat sendiri. Kalaulah kau ni bukan peminat drama melayu sekalipun, but once kau dah minat pelakon dia kau akan follow jugak cerita tu walau cemana cliche pun cerita tu. Get that ?


*Siapa kata filem melayu tak hebat. Kita cuma mengekalkan adat resam dan budaya melayu yang penuh kesopanan. Biarlah filem melayu kita miliki identiti sendiri. Tidak perlu meniru atau menolak jati diri.



Say no to senggugut !

            Entry ini mungkin mengandungi perkataan yg mengguris hati disebabkan gangguan hormon

Salam 14 ramadhan semua . Korang puasa kan ? Bagus teruskan usaha jgn curi-curi makan or berkubang sambil minum air dlm kolah rumah korang tau . Lainlah kalau korang sakit mcm aku . Special case . Takpe dikecualikan . Alah tapi manusia zaman sekarang ni kalau sakit sikit je selesema ke demam yg suhu naik 0.001 darjah celcius je pun dah mengade cari alasan tak puasa .

Ok jgn makan hati weh makanlah ayam ke daging ke tapi tunggu bukak puasa nantilah . Alah orang perempuan hehujung bulan ni memang camni bahasa dia tambah pulak bulan puasa kan geramlah sebab bila datang je komfem muncung panjang mcm donald duck sebab nanti kena ganti puasa time orang lain tengah syok makan . Tau tak kenapa perempuan dibenarkan tak puasa bila datang bulan ? Korang yang tak tau tu kena tau . Jgn sembarangan cakap dengan perempuan yg tengah kena sakit ni kalau korang taknak bukak puasa dekat ICU ok.

Korang tau tak datang bulan tu sakit ?! Tau tak ?! Datang bulan ni kan bukan yg mcm korang ingat tak boleh sembahyang seminggu then boleh makan anytime mase bulan puasa depan orang . Oh bestnya jadi perempuan . Tengkorak hang . "Ishh , apalah perempuan ni asal period je tak payah sembahyang . Pastu tak payah puasa . Tak aci " Aci ok . Sangat aci . Cakap pakai otak jgn pakai hidung kejap kembang kejap kempis ok . Nak tau kenapa aku cakap aci cuba korang telan jarum jahit baju yg mak korang selalu guna nak jahit seluar koyak korang tu banyak-banyak . Cemane feeling dia ? Haa tak ke macam nak rase nak sampai ke hujung nyawa dah . Allah je yang tau sakit die macamana . Sakit tau . Sakit sangat . 


Lelaki-lelaki yg ada adik beradik perempuan pernah nampak tak diorang duduk diam je macam tu? Atau baring meringkuk sampai lutut kalau boleh nak kena hidung. Kalau korang nampak korang buat apa ? Pergi dekat-dekat dengan dia n tanya "Kak . Kau kenapa ? Boyfriend lari ke ?" ? Hah kalau itulah yg korang buat aku jamin korang mesti pernah rasa macamana sakitnya gusi patah dengan rahang tercabut . Ok nasihat aku kalau diorang duduk lebih kurang macam tu sambil pegang-pegang perut tu tolong jgn tanya and jgn dekat pun . Takde orang clash dengan pakwe pegang perut ok . Haha kelakarkan .

Apa Itu Senggugut ?

Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea'.

Ok tu sedikit sebanyak pasal senggugut yg kita kena tau . Kadang-kadang orang selalu cakap "eh aku senggugut ah" padahal sebenarnya nak berak . Eh jgn tak percaya ade tau manusia mcm ni. Senggugut tu kalau perempuan selalunya sampai die tak boleh nak jalan haa macam tu sekali seksanya . Sebab tu Allah tu bagi keringanan dekat orang perempuan . Sakitnya tak tertahan. Bayangkan kalau senggugut pastu kena puasa kalau tak puasa berdosa . Contohlah. Macamana nak bertahan ? Perut kosong sedangkan tenaga kena ada sebab nak lawan sakit . Atau kena ambik pain killer. So kalau tak makan macamana ?

Sembahyang pulak ok sini nak fahamkan sikit. Orang senggugut ni kadang nak bangun pun sakit. Nak gerakkan badan pun seksa. Jadi kira tinggal solat ni satu keistimewaan yg Allah bagilah dekat perempuan. Sebab Allah tu Maha Mengetahui . Dan yg paling penting Allah hanya akan menguji hambanya mengikut kemampuan. Jadi kalau kena period pain ni memang tak mampu nak buat byk kerja .

Yg naga tu kelakar okay

Okay please take a note guys . Kalau gf korang tu tengah ade nafsu nak makan bawak die pergi makan dekat restoran paling mahal sekali . Bukan ape kang kalau time dia tengah bendera merah tujuh hari dia tak nak keluar rumah korang jgn menyesal . Ok dah habis membebel please no heart feelings babai





Ramadhan . Thanks for coming !



Allahurabbi :) . Cepatnya masa berlalu kan kan . Korang sedar tak ni . Esok puasa tau haha so
mlm ni terawih k korang . Banyakkan ibadah di bulan mulia ni . 

Ok korang aku bosan sebenarnya ni . Hmm daripada aku duk melangut kat tempat kerja baik aku
buat sesamting yg berpekdah ye dok ? Hm kayy fyi 3 july haritu aku baru lepas ambik MUET fr speaking test . Yeah memang lega gila ah kan lepas habis test tu terus ringan sikit kepala aku ni . Kosong hah mcm lagu najwa latif  kosong kosong kosong . Boleh muat la kot kalau setakat aeroplane nak landing kat dlm . 

K taknak ah cerita pasal muet tu kan . Dah lepas and kalau ingat balik buat sesak napeh den je kan. Cuma nak bagitau yg everything goes well . Ok bosan . Ekceli aku nak gtau yg aku baru lepas kena marah dengan bos . Bos ok bos . Cam memalukan diri je cerita kat korang. k aku kena marah sebab tutup kedai awal .Sentap tau . Padahal tu first time aku buat cenggitu 

takde kene-mengena sekadar penambah selera supaya korang tegar membaca haha
Dan yg lagi malu tu pasal bos call aku time dlm keta . Bapak kuat gila ah bos aku marah sampai aku pun konfius eh tu loudspeaker ke atau memang suara kemarahan dia. Depan adik-adik n mak bapak aku . Mase tu elok-elok tengah dgar lagu dekat radio terus bapak aku off sebab nak dengar aku kena marah. Hm aku watlek watpeace jelah kan takkan nak nangis kot tak kental betul. Tapi sepanjang hari tu sampai esok nye sampai lusa nye aku nangis dlm hati . Sebab malu. Kemon ah korang pekerja malas cam aku ni pun reti malu jugak tau .

The reason aku tutup awal sebab takde customer pun . mak aku pun bagi greenlight kat aku die kate "kak tutup jelah kedai ni bukan ade orang nak dtg pun" hmmm ok nampak tak mak aku yg menghasut sebenarnya . haha but aku tak kisah pun . Pahtu entah cemane tah bos aku dpt call dari customer kate kedai tutup time die datang . Eh time tu berapi takyah cakap ah kalah aku rase gunung berapi tu and kalau simbah dengan seratus baldi air pun belum tentu api kat kepala aku boleh padam .
 
Time aku tutup kedai awal mase tulah customer nak datang tapi time aku melangut sampai petang satu batang hidung pun tak lalu depan kedai .Dalam hati eh sedap jugak kalau aku jumpa customer ni pastu aku letak dlm periuk letak cukup rasa buat lauk sahur . hm kenyang sebulan .

Esoknya aku datang kerja dengan hati terpaksa and muka mcm nak sembelih semua orang dengan harapan customer tu dtg and aku boleh sepak-sepak muka dia . mengadu je. oh ok gila nak sepak customer . Tapi tak datang pun hadu baran je aku .

nah aku belanja makaroni sebab sudi baca . bismillah dulu ok :)

suke tak dapat makanan ? makanlah sampai kenyang . pastu jgn lupa tarawih malam ni kayy . Btw aku bersyukur sangat sebab dapat jumpa lagi ramadhan this year . Ramadhan akan dtg aku tak tau boleh sampai ke tak ? Sedih ok sedih ):  Puasa-puasa ni ape kata korang maafkan jelah kesalahan-kesalahan sesiapa yg pernah terbuat korang sakit hati . Aku pun dah maafkan dah bos aku tu . Alah apelah sgt kan kena marah otp lainlah face to face . Eh tapi itu pun aku kering darah tau . Terdiam 2 minit aku mase tgah otp dgn bos tu.  Pheww . Lap peluh .

Jgn lupa niat puasa malam ni tau tau . Nawaitu saumaghadin 'anadai fardhi syahri ramadhana hazihissanati lillahitaala . Nah ambek catit dekat mana-mana takut lupa . Jgn dekat toilet weh . Ha malam ni terawih tau jgn dtg masjid nak makan moreh je k. Itu perangai aku kecik-kecik dulu . Kalau dengar je keletak-keletuk bunyi cawan dgn pinggan aku dah siap bagi salam walhal imam dok tengah baca fatihah . Kehkeh nakalnya aku dulu kan . Free je kena tarik telinga dgn mak sebab kurang beradab katanya .
Heh mak anak mak dah besar la sekarang . Dah tak nakal cam dulu lagi (:

SALAM RAMADHAN SEMUA .
 Ingatlah dalam bulan ramadhan ni ade satu malam yg lebih baik daripada seribu bulan . LAILATUL QADAR .






Giant dah bukak . Hooray !


 Sekali tengok tajuk tu dah macam duta giant dah aku ni kan . Hah padahal aku sama sekali takde sangkut paut dengan giant pun sebenarnya. Aku cuma pengguna tegar pasaraya giant. Ok pembetulan. Bukan pengguna pasaraya tapi customer tegar . 

Korang mesti pelik pahallah aku ni tibe-tibe cerita pasal giant pulak . Ape batak sangatkah aku dengan giant ? Oh tak ni sama sekali takde kene mengena dengan batak ok .  Ni namanya aku dah bosan sangat jadi penganggur bertauliah dekat rumah ni . Bosanlah korang. Kalaulah IPU jerebu sini 200 aku rase tahap kebosanan aku 2000 mungkin . Hah over betul aku .

Padan muka aku dulu elok-elok dah dapat kerja aku tak pergi pulak. Demand sangat. Konon tak byk masa nak spend dengan femli sbb balik mlm . Hah byklah kau punye manja. Sekarang duduk rumah jadi isteri kedua bapak aku . Oh haha lawak je wei. Mohon gelak.

Nak dijadikan ceritakan . Korang nak dengar cerita aku tak ? Ah pedulik hape aku nak cerita jugak tak kira . Haha . Mohon jgn biadap hidayah . Petang tadi mak aku ngajak pergi Giant sebab barang murah katanye . Baru bukak kan biaselah . Aku ni pulak kalau diajak pergi tempat-tempat yg berair-cond ni yg jenis ade benda baru-baru ni aku pantang . Allergic. Badan automatik gatal kalau tetibe cancel . Hah ok over sekali lagi .

"ingat tau kakak kita beli tepung, gula, minyak , blablabla...... "

Demikianlah amanat mak aku sebelum kitorang sampai giant tu . Langkah selamat mungkin untuk mengelakkan berlanja berlebihan. 

"ok mak "

Dengan selamba cool aku jawab . Dalam hati , 'ah mak ni iye je.' . Bukan aku tak percaya mak tapi fahamlah kan perempuan ade ke kalau masuk supermarket tu die kate nak beli sayur then bile nak bayar tu memang betul-betul seketul je sayur depan cashier tu ? Hah jarang sangat kan silap-silap dgn troli semua dia angkut sekali . Hm okay aku perempuan jadi aku tahu .

Sampai sampai je terus cari parking . Penuhnya jgn cakap ah . Memang berduyun kereta berpasak-pasak dekat hall parking tu. Semua pakat nak jadi orang pertama masuk giant. Termasuk aku sebenarnya . Okay dah dapat parking tu then dengan eksaitednye pergi berjalan nak cari pintu masuk die . Hah sampai sesat mcm bangla takde arah tujuan . Then sekali lagi berpasak-pasak pulak dengan manusia lain yg turut berebut nak masuk dalam . Benci tau .

Ni entrance.Fokus pada belon tu .
Gambar atas ni memang bukan superimpose atau photoshop tau . Yg belon banyak-banyak tuh memang ade kat situ tanpa aku ketahui motifnye . Dah mcm pintu gerbang kenduri kahwin pun ada . Patutlah cari entrance tak jumpa . Tak rupa entrance pun .
Troli sebelum satu jam . Abaikan brochur tu. Fokus troli
First thing ambik troli . Teringat masa kecik aku suka duduk dalam troli lepas tu abah tolak dari belakang . Dengan bahagianya aku ketawa keseronokan konon mcm aku je yg bertuah ditolak mase tu. Padahal anak cina sebelah time tu lagi siap naik troli berbumbung . Hah kau hado ?

Ok troli kosong lagi time ni. Takpe pusing-pusing jap tengok dulu ape yg best .Compare harga. Alah lebih kurang je aku rase dengan tesco . Cuma adalah berapa jenis tu yg memang murah .Yg lain celah mane murah pun aku tak tahu . Ingat dapatlah seringgit dua ke kan. Ok melampau tu .

Cari benda tersembunyi dalam ni .Cari huruf A.
Lepas dah sejam tu ha nilah dia rupa troli tadi . Kan betul kan aku cakap kan ? Tepung entah kemana , gula entah kemana. Beli yg out of list. Last-last gula tepung semua tu beli kat kedai runcit depan rumah je weh . Sampai senget-senget lah aku mengusung troli tu. Dengan manusia nye yg fefeeling beli brg kat giant mcm nak beli satu supermarket . Semua tempat nak diterjah. Tu belum kira yg siap jejak kasih peluk-peluk cipika cipiki semua tu lagi . Nasib baik tempat awam kalau supermarket aku , rasenye aku letak signboard 'dilarang  menjejak kasih . Nak sembang dekat parking' . Haha over lagi sekali .

Ok tak tu ape motif aku letak gambar ni . Yg penting fokus makcik tudung merah tu je .K gurau .

So agak-agak lepas dah penuh troli tu aku pegi mane ? Oh okay pandai sangat . Pergi kaunter bayarlah kan . Yg nak bayar ni pun satu hal. Line punya panjang mcm train weh kau hado ? Semput nafas aku beratur tunggu turn . Sorang tu bukan satu dua barang weh . Sampai dua troli pun ade. Phew mantap . Ah time tu rase nak baling kasut je . Eh diorang ni tak agak-agak la ape takde esok dah ke nak membeli tu ?  Hah emo tibe-tibe . Tengah termenung tunggu turn tu tibe-tibe mak tarik aku . Oh rupanya kaunter sebelah tu baru bukak . Dgn tanpa segan silu dan penuh semangatnye mak aku berlari pegi kaunter sebelah. Terus dapat first . Amoi belakang tadi dah padam aku tengok die weh kalah rebut barisan dgn mak aku . Haha kesian .

So dengan sukacitanya aku nak bagitahu post kali ni dah habis . Sori mori ah korang eh sebab post kali ni PENDEK gila .Sampai korang pun tak larat baca . Haha sokay . Hak membaca hak semua . And one more things , cerita pasal giant ni takde kaitan pun dgn yg hidup atau yg mati. Termasuk makcik tudung merah tadi. Tak taulah ape motif aku buat pasal giant tetibe . Apepun ianya sekadar perkongsian untuk mengisi masa terluang je korang .

Terima kasih sudi bace entry yg tak berapa nak menarik ni . Tunggu entry akan datang . Sayang semua :)





Matrik Part 2

Peace all . 

Hai semua Hidayah tersangatlah rindu dekat korang tau tak ?? Meh sini nak hug sikit . haha .
Ok ok. Now , Hidayah nak make sure ni . Hari tu kann dayah ade posting pasal  matrik part 1 kan kan . Haa , korang bace tak ? Tak bace ? Ha nak nangeslah macam ni . Wawawawa .

Ehehe . Takde-takdelah . Dayah main-main je . Takpe2 tak bace pun takpe. Sokayy. Hak membaca hak semua. Act, dayah nak mintaak maaf lah sebab buat post hari tu just nak cukupkan syarat je . Tulis pun entah hape-hape kan kan. Sebab mase tak banyak . Nak kene kejar semua benda. So, blog tergendala. Soli aaa ..

Forgive me , pleaseee !

Tulah gambar dayah mase kecikk . haha . Harap maklum. 

Okayy . Back to the conversation. Dayah nak citer pasal matrik medan ilmu dayah a.k.a tempat dayah membesar selama 11 bulan diluar jagaan mak abah . Sedih tau sedih .Matrik tu kan sgtlah best . Segala-galanya. Daripada pintu masuk sampai pintu keluar.act pintu masuk n pintu keluar tu adalah satu pintu yg same . haha. okayy tak . lawakk jaa.Tapi pahamlah kan maksud dayah . Even toilet die pun best . Betul. Tak tipu . 

Err , gambar toilet takdelah pulakk nak letak. Haha. Takpelah . Takpayah la. 

Nak citer pasal rutin. Tiap hari same je . Ikut flow lah . Bgun pagi, mandi, solat , pegi kuliah , lunch mase waktu senggang, sambung kuliah balik , berenti untuk zuhur , pegi balik , pastu balik. Then asar . Pas asar kalau rase rajin Dayah pegi ronda ngan roomate. Kalau tak mandi n sambung tidur. Bosan .So, untuk nak hilangkan bosan tu,selalunye malam-malam kitorang lepak kafe or tgok movie .

That's all . Hari cuti pulak lebih kurang je . Cume takde pegi n balik kuliah je . Makan tido makan tido sampai naik 4 kg . huh. What a boring story. Kan kan ?? Ok jom tengok gambar sikit nak ? kate boring . Dayah pun naik kejung tgn naip panjang-panjang.


Introducing to the world , my cute roomies .. Dayah sayang sangat dekat diorang.Diorang tak tahulah syg dayah ke tak . haha ok touching. Dayah selalu jln-jln petang n pegi gym dgn nona. Ha , yg pegang tag tu nona name die. Syahida (yg paling kiri) memang jenis tak keluar bilik . So, susah sikit nak ajak die. Shekinah pulak (yg indian tu) orang habis kuliah pukul 5, pukul 7 baru ade bilik. Well, study group katenye .Tapi inilah die jiwa-jiwa yg selalu bersama dayah ketika susah dan senang .phew ayat sastera sangat haha. I'll gonna miss them . 


Ni mase mlm terakhir . Last kitorang sembahyang jemaah same-same. Syahida takde , die dah balik awal. Semangat katenye . Haha . Kalau tak mesti Syahida imam. *tears . Harap dekat u nanti dapat roomate yg mcm diorang ni jugak . But , I know that it's hard to find. Crying ..
*Kesucian muka adalah benar. Bukan fake semata. Itulah keajaiban wudhuk. So gaiss , hopfuli lepas ni rajin-rajinlah ambik wudhuk . 


Classmate. mase ni last tutorial biologi. And dayah pun dgn tak malunye pegi depan dengan izin cikgu untuk request satu gambar .  Haruslah kan . Untuk kenangan. 24 orang semuanya . haha. Tapi kalau kira kat picture ni tak cukup lah. Kamerea kecik . Ikut dan ja . Budak lelaki ade terperosok dekat hujung bucu sebelah kiri gambar. Pemalu katenye.

Praktikum K3P2. Mase mula-mula kenal masing-masing diam seribu bahasa. Konon malu .. Kan kan.  Dah 2 bulan lepas tu hah mule nampak talent masing-masing. Rupenye kite semua spesis same. Kalau dah bercakap mcm train . Takde brek.  Like what? shy shy cat mase mule-mule. Sebab mase tu kite belum ade bonding yg kuat.



Ni cikgu tutorial kitorang. Pn. Habibah. Hari last kan , mesti nak kene ade gambar dgn cikgu .Dayah pun ade jugak dlm gambar . haha . Cube cari . Thanks cikgu for being so nicee and very sporting teacher . U'll be my favourite lecturer after this . I guess. Actually nak ambik gambar dengan semua lecturers . But, it seems like tak berkesempatan. So, sempat yg mane dan jelah.

Cikgu memang gila-gila. Kelakar.  Tapi sekali tu bile cikgu marah, kitorang terdiam . terkesima.
Rase bersalah sangat. Sebab cikgu tak pernah marah sampai macam tu. Mungkin kitorang over.
Mintak maaf cikgu. Mintak maaf sangat-sangat.


****CONNECTION ERROR****
REDIALLING....
3...
2..
1..

Azan asar lah pulakk . Hold onn . Sambung part 3 pulak . Insya-Allah..





Matrik Part 1


Assalamualaikum gaiss . 
Apa khabaq naa ? Harap-harap okay . Rindu kat korang . Haha *ayat klishe.
Lately ni aku memang sibuk. Haha . Well, saje je bagitau walaupun korang tak nak tau punnss . Haha. Pejam celik pejam celik dah bulan 3 dah pun. Sebulan setengah je lagi nak habis matrik . Alahaii mase . Cepatnyaaa :(

Sob sob sob, ..

Okay tetibe rase macam nak tukar nickname. Ehem . Err , Hidayah kan sebenanye nak share dgn u olls life Hidayah dekat sini. Haha.Yes kan lebih manis bunyinye disitu. Haha.



Bilik aku. Please tolonglah percaya bilik ni baru dikemas waktu ni. Haha. Kalau tak, bantal penuh kat tengah2 tu . Cuma tinggal takde tv je lagi. Kalau lah boleh buat mcm rumah, rase nak cat je. Biar nampak mcm hotel. Bilik ni kitorang decorate and ubah kedudukan die sikit. So, lain dari yang lain.


Kasut-kasut kami. Tak muat kamera phone nak ambik semua. Masuk separuh je. Ce teka kasut Hidayah yg mane? Haha. Kalau betul meh nak bagi hadiah. 

 Roomate. Yg tepi tu nona. Yg tengah tu roomate konon-konon. Haha. Tepi sebelah kanan tu pun roomate jugak . Haha. Seronok dpt roomate sekepala sebadan sekaki semua. Nona buat iklan gigi. Naseb baek gigi cantik. Haha


:) sedih bunga biru kat tudung tu hilang. Tak tau pegi mane. Huhu. Husna buat muke jenis ape tu? Alolo tomey-tomey. Someone please teach her to smile . Haha. Ni semua shooting dlm lecture hall. Caye tak? Haha kemonlah korangg. Takkan tak penah buat . *kembanghidung


Yes. We have finish the chemical test. But, we never test how far is our friendship goes. *lalalalagrammarteraburrr. Ini pulak grup babybaby. Haha. Grup buat experiment n geng kopipasta lab repot. Ingat tak kita penah tertumpahkan sodium chloride dlm makmal lepas tu kita cepat-cepat lap sebab taknak bagi Puan Noriah perasan. Luculah kan.


wait for part 2 .....